Nur Mahany binti Ab Aziz & Wan Mohd Khirul
Fast action, fast results
Ketika saya masih bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang, saya mencari sesuatu bisnes untuk saya lakukan sebagai persediaan sebelum berhenti kerja. Saya mula sertai bisnes Tupperware Brands pada 2018. Januari 2020, saya berhenti kerja kerana kekurangan masa bersama keluarga serta gaji yang tidak dapat menampung perbelanjaan harian dan sebagainya.
Pada masa ini saya mula fokus. Mac 2020, saya berjaya rank up ke pangkat Director dan pada Januari 2021, saya berjaya capai impian untuk rank up ke Associate Executive Director. Pendapatan sekarang makin bertambah, malah tiga kali ganda berbanding waktu bekerja dahulu yang membuatkan saya lebih yakin dengan bisnes Tupperware Brands. Benar, bisnes ini boleh dijadikan kerjaya utama.
Fast action, fast results adalah konsep saya. Lakukan tanpa tangguh dan redah sahaja tanpa menunggu yang sempurna. Impian saya untuk 2021, semoga berjaya memiliki kereta impian Tupperware Brands secara percuma. Saya yakin anda juga boleh mencapai segala impian.
Nur Mahany binti Ab Aziz & Wan Mohd Khirul
